My Add

Saturday 1 September 2012

DAP bawa RUU Antilompat Parti ke Parlimen

  Karpal Singh

GEORGE TOWN, SABTU, 01 September, 2012: DAP akan mengemukakan rang undang-undang anggota persendirian dalam usaha menguatkuasakan undang-undang antilompat parti apabila Parlimen bersidang semula pada 25 Sept, kata Pengerusinya Karpal Singh.

Beliau berkata ini perlu kerana Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu untuk membolehkan undang-undang antilompat parti dikuatkuasakan.

"Untuk menguatkuasakan undang-undang antilompat parti, perlu dipinda Perkara 10 (1)(c) yang mentetapkan terdapat hak untuk berpersatuan termasuk hak untuk menyertai atau meninggalkan sebuah parti," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya kerajaan negeri Pulau Pinang bercadang untuk menguatkuasakan undang-undang antilompat parti pada November tetapi ia akan melanggar ketetapan Perlembagaan kecuali Perlembagaan Persekutuan dipinda.

Untuk menjadikan undang-undang (antilompat parti) sah mengikut Perlembagaan, beliau berkata Perkara 10 (1)(c) perlu dipinda atau bawanya ke Mahkamah Persekutuan bagi semakan semula keputusannya pada 1992 apabila mahkamah itu memutuskan bahawa penguatkuasaan undang-undang antilompat parti diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan adalah tidak sah di sisi Perlembagaan.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment