My Add

Saturday, 1 September 2012

Azmin: Serang bas cubaan gagalkan kempen PKR

SHAH ALAM, SABTU, 01 September, 2012: PKR mendakwa serangan ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat awal pagi ini bertujuan menyekat dan menggagalkan kempen yang diketuai Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun tegas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, perkembangan terbaru ini sedikit pun tidak menggugat nekad pihaknya untuk menyampaikan mesej reformasi di seluruh negara.

"Kebelakangan ini, budaya samseng dan ugutan telah menjadi amalan dan senjata utama musuh-musuh yang mahu menyekat kemaraan PKR dan Pakatan Rakyat.

"Ini bukanlah kali pertama keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau pimpinan kanan PKR dan Pakatan Rakyat diancam. Ini juga bukan kali pertama harta benda milik pimpinan kanan PKR dirosakkan," katanya dalam satu kenyataan dipetik Sinar Harian, hari ini.

Azmin berkata, bas itu diserang kira-kira 4.20 pagi tadi.

"Pada jam 4.20 pagi, petugas KeadilanEventSpecialist yang tidur dalam bas kempen dikejutkan oleh bunyi kuat.

"Apabila mereka memeriksa sekitar bas, mereka mendapati cermin depan bas di sebelah pemandu telah pecah di bahagian atas dan bawah. Sisi depan bas di bahagian pemandu juga telah disimbah dengan cat merah," katanya.

Azmin juga berkata tinjauan awal petugas PKR mendapati beberapa ketul bata simen telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu.

Kantung plastik yang diisi dengan cat merah juga telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu, katanya.

Azmin berkata, serangan yang dibuat itu jelas menyasarkan bahagian pemandu.

"Saya berani menyimpulkan bahawa serangan ini dirancang agar bahagian pemandu rosak dan seterusnya menghalang perjalanan bas ini dan membantutkan program Jelajah #merdekarakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Laporan polis dibuat pada jam 5.14 pagi. Bas kempen tersebut kini berada di Balai Polis Kota Bharu untuk siasatan lanjut.

Azmin berkata, Anwar telah diancam dan diganggu di Sembrong dan dalam kejadian di Lembah Pantai, seorang warga emas cedera apabila terkena lontaran batu yang ditujukan kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar oleh samseng yang mahu menggagalkan ceramah partinya," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Kata Azmin, kereta Anwar juga dirosakkan di Kota Bharu.

Azmin menambah, walaupun pelbagai laporan polis telah dibuat, sehingga sekarang tidak ada seorang pun yang diheret ke muka keadilan.

"Oleh itu, saya menyatakan kepada rakyat bahawa satu-satunya jalan untuk mencegah budaya samseng adalah dengan menghukum parti-parti politik yang menaungi budaya ini," katanya.

Azmin menambah, menjelas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), "saya yakin serangan akan meningkat dan PKR akan bersama-sama rakyat menolak budaya samseng ini dengan menumpaskan Umno/Barisan Nasional."

Jelajah Merdeka Rakyat dengan menggunakan bas kempen yang dilancarkan semalam.

Katanya, ia satu inovasi politik yang dibawa PKR.

Bas itu telah melalui destinasi berkempen Bentong dan Kuala Lipis di Pahang, Gua Musang, Tanah Merah dan Kota Bharu di Kelantan.

Sambil menyifatkan ia berkata, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, malangnya, perkembangan sihat itu direncatkan oleh tindakan segelintir pihak yang menggunakan kekerasan, ugutan dan budaya samseng.

No comments:

Post a Comment