My Add

Thursday 6 September 2012

Felda tampung separuh kos pengajian anak peneroka: Najib

*NAJIB bersalaman dengan rakyat yang menunggu ketibaannya di padang bola Kampung Tempinis, Kampung Tasik Tok Lebai, Besut untuk menghadiri majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Besut, hari ini.

BESUT, KHAMIS, 06 September, 2012:: Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, Felda akan menampung sebahagian pembiayaan anak peneroka yang belajar di universiti atau institusi pengajian tinggi (IPT) manakala sebahagian lagi dibiayai menerusi PTPTN.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu sebahagian langkah Felda untuk memperluas peranan agensi berkenaan sesuai dengan prinsip berkongsi kekayaan.
"Felda bersetuju untuk berkongsi beban pembiayaan PTPTN ini dengan menampung sebahagian kos pinjaman yang diberikan khusus untuk anak-anak Felda dan sebahagian lagi dibiayai PTPTN," katanya.

Najib berada di sini sempena lawatan singkatnya bagi menghadiri majlis jamuan Hari Raya Aifilfitri di padang bola Kampung Tempinis, Kg Tasek Tok Lebai dekat sini.

Beliau yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata Felda dianggar memperuntukkan RM15 juta bagi menampung kos berkenaan untuk tahun pertama.

"Keputusan Felda itu juga dapat bantu mengurangkan beban kewangan kerajaan selain menunjukkan kejayaan Felda khususnya dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) dalam Bursa Malaysia. Dengan dana tambahan diperoleh, Felda setuju untuk agihkan peruntukan itu kepada rakyat," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment