My Add

Friday, 28 September 2012

Guan Eng perlu jelas projek taman tema

PULAU PINANG, KHAMIS, 27 September, 2012: Ketua Menteri, Lim Guan Eng didesak memberi penjelasan berhubung dakwaan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Abdul Halim Hussain terlibat dalam satu projek Taman Tema Escape milik syarikat kerajaan negeri di Teluk Bahang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Guan Eng perlu tampil memberikan penjelasan kerana perkara itu berkait rapat dengan rakyat selain sering melaungkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dalam pentadbirannya.

“Saya ada bukti dan bersedia mendedahkan perkara ini. Rakyat mahu tahu apakah benar Abdul Halim mempunyai kepentingan dalam projek taman tema tersebut.

“Bagaimanapun saya tidak akan dedahkan di sini mengenai nilai projek itu dan dalam aspek manakah beliau terlibat kerana menunggu penjelasan Ketua Menteri terlebih dahulu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment