My Add

Friday 28 September 2012

Mansor mengaku dikhianati orang kepercayaan

PULAU PINANG, KHAMIS, 27 September, 2012: Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman mengakui beliau dikhianati oleh orang kepercayaannya sendiri berhubung penyiaran rakaman suara menggelarkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai sombong, bongkak dan tokong.

Mansor berkata, beliau meletakkan kepercayaan kepada kumpulan itu yang terdiri daripada para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri yang meminta untuk bermesyuarat dengannya berhubung Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Ia mesyuarat dalaman dan ada soalan daripada mereka dan saya menjawab dengan cara itu.

“Bagaimanapun saya tidak sangka mereka melakukan perkara ini kepada saya," katanya seperti yang dilaporkan akhbar The Malay Mail hari ini.

Mansor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkata, beliau memberi kepercayaan kepada kumpulan itu dan meluahkan isi hatinya ketika mesyuarat berlangsung. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment