My Add

Tuesday 4 September 2012

Hamzah Abu Samah meninggal dunia


SEREMBAN, SELASA, 04 September, 2012: Tokoh Sukan Negara yang juga bekas menteri Kabinet, Tan Sri Hamzah Abu Samah, 88, meninggal dunia akibat sakit tua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor, pada pukul 3.30 petang ini.

Menurut isterinya, Toh Puan Zainon Hussain, jenazah suaminya akan dibawa ke rumahnya di Staffield Country Resort, Mantin dekat sini untuk dikebumikan.

Allahyarham merupakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Seumur Hidup dan memegang pelbagai jawatan penting dalam sukan sama ada dalam negara mahupun peringkat antarabangsa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment