My Add

Tuesday 4 September 2012

Nik Aziz tak kisah bila PRU, yang penting rakyat undi PR

Nik Aziz   
         PR ramal PRU Nov, 'PM belum 
         tentu nasib baik': Mustafa Ali

AZMAN CHE MAN  
KUALA KRAI, SELASA, 04 September, 2012: Pas tidak ada sebarang masalah dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa termasuk kemungkinan diadakan pada November ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pendiriannya sama seperti sebelum ini yang tidak kisah tarikh PRU13 diadakan asalkan rakyat memberikan sokongan kepada parti itu dan Pakatan Rakyat.

“Saya selalu sebut, pilihan raya nak buat bila-bila pun tak apa tetapi pastikan rakyat mengundi Pas atau Pakatan Rakyat. Kita selama-lamanyasiap sedia,” katanya.

Menurut Sinar Harian, Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Festival Makanan dan Buah-buahan Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) di Dataran Cintawangsa, dekat sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membayangkan PRU13 mungkin diadakan pada November ini ketika berucap sempena perasmian serentak mesyuarat perwakilan UMNO di Sandakan, Sabah semalam.

Pada ucapannya, Perdana Menteri menyifatkan 2012 sebagai tahun yang amat unik kerana banyak peristiwa bersejarah ada kaitan dengan angka 11 seperti genap 66 tahun usia UMNO dan 55 tahun negara capai kemerdekaan.
Mustafa Ali

Di KUALA LUMPUR, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata hari ini, Pakatan Rakyat (PR) menjangkakan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan November ini.

"Akhir-akhir ini semacam ada indikasi PRU akan diadakan pada tahun ini iaitu November," kata beliau.

Beliau yang mengambil kira angka 11 sebagai nombor 'pilihan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pandangan ramai tentang nombor magik boleh diterima pakai tapi belum tentu dia bernasib baik ke tidak, angka 11 dia..." ujar Mustafa.

Beliau berkata demikian apabila merujuk kembali kepada pilihan raya umum pada November 1999.

"Kita pernah adakan pilihan raya pada November tapi UMNO kalah teruk," kata Mustafa lagi.

Namun demikian, beliau menjangkakan pilihan raya paling lewat pada tahun hadapan, katanya selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment