My Add

Thursday 6 September 2012

Insiden Ambang Merdeka ‘luar biasa biadab’: Pengerusi PSM

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 September, 2012: Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM), Tan Sri Omar Mohd Hashim menyifatkan insiden mempamerkan bendera 'baru' Malaysia dan memijak gambar pemimpin pada Himpunan Janji Demokrasi sebagai 'luar biasa biadab'.


Omar berkata, tindakan sebegitu tidak pernah berlaku pada masa lampau dan jauh menyimpang daripada budaya masyarakat negara ini.
"Memijak gambar pemimpin bukanlah budaya kita dan ia dilakukan segelintir individu saja. Namun gejala pada tahap kecil ini perlu dibasmi dengan cepat.

"Kami sangat berharap kerajaan ambil tindakan terhadap pihak yang mendalangi perbuatan ini," katanya kepada pemberita selepas perasmian Mesyuarat Tahunan PSM ke-57 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini hari ini.

Polis sudah mengeluarkan 11 keping gambar yang dirakam ketika insiden itu yang berlaku pada malam ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 negara, dalam usaha menjejaki individu terbabit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment