My Add

Thursday 6 September 2012

RAPID: Penduduk terima pampasan dalam masa 14 hari

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 06 September, 2012:: Penduduk yang terbabit dalam pengambilan tanah di bawah projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokima (RAPID) di Pengerang akan menerima bayaran tunai dalam tempoh 14 hari selepas mereka bersetuju.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata jumlah pampasan adalah berdasarkan nilai yang diputus Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta mengikut harga pasaran sebelum Seksyen 4 Akta Perolehan Tanah 1960 diwartakan.

"Jumlah pampasan tidak diputuskan secara sewenang-wenangnya oleh kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, jaminan itu diberi kepada penduduk tiga kampung yang terbabit dalam pendengaran awam fasa pertama bermula dari 3 hingga 14 September ini.

Mereka meliputi sebahagian penduduk di Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang dan Kampung Langkah Baik. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment