SHAH ALAM, AHAD, 02 September, 2012: Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negeri Selangor yang akan mengerjakan ibadah haji dan umrah tahun ini tidak berdemonstrasi semasa berada di Mekah dan Madinah.
Baginda bertitah, tindakan seperti itu akan menjejaskan nama baik rakyat Malaysia serta hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.
"Beta tidak berkenan rakyat negeri Selangor yang pergi menunaikan haji atau umrah ke tanah suci Mekah dan Madinah mengadakan tunjuk perasaan atau demonstrasi," titah baginda pada Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji Musim Haji Tahun 1433H/2012 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.
Sultan Sharafuddin bertitah, mereka yang akan ke Mekah dan Madinah harus menumpukan niat hanya untuk beribadat dan bukan bertujuan lain.
"Beta juga ingin menasihatkan bakal haji supaya menjaga nama baik negeri Selangor dan Malaysia yang sememangnya dikenali oleh pemimpin Arab sebagai negara yang mempunyai jemaah haji yang berdisiplin dan terbaik. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment