My Add

Sunday, 2 September 2012

Subsidi RM5,000 bagi setiap jemaah haji

BACHOK, AHAD, 02 September, 2012: Kerajaan Pusat bersama Lembaga Tabung Haji menyumbang lebih RM100 juta setahun sebagai subsidi kepada setiap orang yang menunaikan fardu haji buat kali pertama.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, subsidi itu bertujuan mengurangkan kos haji yang semakin meningkat.

"Ia termasuk sewa hotel, kos pengangkutan dan makan minum, tidak termasuk kos perubatan dan kakitangan untuk menyelia jemaah haji," katanya yang juga Ketua UMNO bahagian Bachok itu kepada pemberita pada majlis ramah mesra dengan bakal haji dari jajahan Bachok di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment