My Add

Sunday 16 September 2012

Jangan biar negara diporak-peranda - Kohilan Pillai

KUALA LUMPUR, AHAD, 16 September, 2012: Rakyat negara ini diseru menolak golongan tertentu yang memasang niat untuk memporak perandakan negara demi kepentingan mereka sendiri.

Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillai berkata, kemakmuran akan lenyap sedikit demi sedikit sekiranya terdapat anasir jahat yang cuba memporakperandakan negara.

“Malaysia adalah negara paling aman di Asia Tenggara dan menduduki tempat ke-17 di dunia. Sejak merdeka, kita masih hidup aman damai, para pemimpin kita bertungkus lumus memastikan rakyat mengecapi keamanan serta perpaduan sehingga hari ini.

“Contohnya, baru-baru ini terdapat insiden dipercayai cuba menukar Jalur Gemilang yang kita sayangi malah terdapat beberapa orang yang bertindak kurang ajar memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam ambang kemerdekaan.

``Andainya terdapat golongan tertentu yang mahu menghancurkan keamanan negara, kita harus tentang mereka habis-habisan," katanya selepas merasmikan program Merdeka 1 Malaysia anjuran Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 (SKPU 2) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment