My Add

Sunday 16 September 2012

Bukan untuk menyedapkan hari peneroka - Isa Samad

SEREMBAN, AHAD, 16 September, 2012: Pemberian dividen interim sebanyak RM400 kepada 112,635 peneroka Felda adalah hasil daripada keuntungan saham selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia dan bukannya dibuat secara sesuka hati untuk “menyedapkan" hati peneroka.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, pemberian dividen interim itu dibuat setelah mengambil kira nilai keuntungan 5.5 sen sesaham hasil daripada dua bentuk saham iaitu 800 unit saham yang dikhususkan kepada setiap peneroka dan Dana Amanah Peneroka yang diuruskan oleh Felda.

"Pihak pembangkang kata kita mahu menyedapkan hati peneroka, tapi sebenarnya kita bukan buat sesuatu untuk menyedapkan hati, tapi kita kena buat berdasarkan apa yang kita ada.

"Kita tidak akan buat sesuatu sesuka hati, kerana pihak Jawatankuasa Audit Bursa Malaysia tidak akan benarkan kita memberi dividen interim kalau kita tidak untung atau sekadar mahu menyedapkan hati," katanya ketika ditemui pemberita di majlis Aidilfitri Umno Cawangan Dataran Senawang, Senawang di sini malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment