My Add

Thursday 27 September 2012

Jangan pandang rendah pekebun kecil


*WAN Mohamad Zuki Mohamad (kiri) menyampaikan Watikah Kenaikan Pangkat kepada Sharudin Abdullah dari Bahagian Komunikasi Korporat RISDA sambil diperhatikan oleh Mohamed Alang Abdul Hamid di Ampang, dekat Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, rabu, 26 September, 2012: Pekebun kecil pada masa kini tidak seharusnya dipandang rendah kerana sesetengah daripada mereka sebenarnya adalah golongan profesional, kata Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad.

"Kalau sebut pekebun kecil, mesti kita akan membayangkan mereka yang menoreh getah tetapi pemikiran seperti ini harus diubah kerana jangan terkejut apabila saya kata ada di kalangan pekebun kecil tersebut adalah seorang doktor atau pegawai pertanian,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat Kali Ke-2 kepada 64 orang pegawai dan kakitangan RISDA di Kelab Darul Ehsan, Ampang dekat sini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah RISDA, Mohamat Muda dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia RISDA, Mohamed Alang Abdul Hamid. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment