My Add

Tuesday 4 September 2012

KDN tidak boleh berlembut dengan individu hina pemimpin

ALOR SETAR, SELASA, 04 September, 2012: Tindakan undang-undang yang tegas perlu dikenakan terhadap individu yang memijak gambar perdana menteri dan mengibar 'bendera baharu' yang didakwa menggantikan Jalur Gemilang pada perhimpunan Janji Bersih Khamis lalu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilihat agak berlembut apabila insiden seumpama itu berlaku menyebabkan ada pihak berani mencabar norma kehidupan masyarakat kerana yakin tidak akan dikenakan tindakan undang-undang.

"Lihat dalam beberapa perlakuan melampau terhadap negara dan pemimpin negara sebelum ini, walaupun desakan masyarakat supaya diambil tindakan, namun KDN kelihatan berlembut.

"Maka ia harus ditamatkan, tindakan setegasnya adalah sangat perlu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, laporan polis yang dibuat pelbagai pihak terhadap kejadian itu akan sia-sia sekiranya tindakan tidak diambil terhadap individu terbabit.

Di TAWAU, Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menyifatkan perbuatan memijak gambar pemimpin negara dan mereka bendera baru untuk Malaysia sebagai bibit-bibit permulaan untuk mewujudkan suasana kekacauan di negara ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment