Katanya, langkah melabur di dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), khususnya bagi Malaysia yang merupakan negara pengeluaran utama getah, sangat diperlukan bagi memastikan daya tahan jangka panjang sektor sarung tangan itu.
"Sehubungan itu, inovasi perlu digalakkan lebih jauh lagi dan dipupuk pada rantaian bekalan, yang bermula dengan pengeluaran getah, pengeluaran sarung tangan, proses jaminan kualiti dan pelaksanaan strategi pemasaran dan pengedaran," katanya ketika merasmikan Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa 2012 ke-enam selama dua hari bertemakan "Inovasi bagi Kelestarian" di sini, hari ini.
Tambahan pula, katanya, wujud keperluan untuk meneroka kerjasama aktiviti R&D dengan ahli akademik dan institusi penyelidikan bagi mengurangkan kos R&D.
"Ini akan menyumbang ke arah pengurangan kos pembangunan dan meningkatkan proses pengkomersilan hasil keputusan R&D untuk menjadi produk berdaya maju yang boleh dikomersilkan," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment