My Add

Saturday 15 September 2012

Kebebasan bersuara di AS tidak bawa manfaat kepada rakyat

MEMBAKUT, SABTU, 15 September, 2012: Malaysia menegaskan kelebihan kebebasan bersuara yang diamalkan termasuk di Amerika Syarikat tidak membawa manfaat kepada rakyat.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, ini kerana keadaan itu menyebabkan kadang-kadang mereka mempunyai kebebasan untuk membuat apa saja tanpa mengambilkira penghormatan terhadap agama lain.

"Keadaan itu sedikit sebanyak akan menyakiti hati orang lain termasuk masyarakat Islam seperti apa yang berlaku di Libya.

"Penerbitan filem itu tidak sewajarnya kerana mengundang perpecahan antara agama di seluruh dunia," katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan (C0) Pei Yin, di sini, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment