Ismail Mina |
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, sejak kebelakangan ini Nik Abdul Aziz dilihat lebih mementingkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding suara akar umbi Pas.
Katanya, paling terbaru sikap Nik Abdul Aziz terhadap bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang terpaksa dihadapkan ke Majlis Syura Ulama semata-mata kerana mengkritik Pengerusi DAP, Karpal Singh, demi mempertahankan maruah parti dan Islam.
"Persoalannya kenapa pemimpin-pemimpin Pas yang dikenali sebagai golongan Anwarinas tidak dipanggil mengadap meskipun turut sama membuat kenyataan. Pada hal, kenyataan mereka bertentangan dengan dasar dan perjuangan Pas tetapi tiada sebarang tindakan dikenakan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment