My Add

Saturday 8 September 2012

Kedai jam diarah pulang wang

Oleh IFQDAR A. RAHMAN
JUMAAT, 07 September, 2012:
GARA-GARA kehilangan jam tangan kesayangan jenama Tissot model PRC100 awal tahun ini, A'zali Atan, 57, tekad untuk mencari semula model jam yang sama dengan 'menjelajah' setiap kedai jam di Johor Bahru, Johor.

Setelah hampir sebulan berusaha, beliau bersyukur kerana berjaya menemuinya di sebuah kedai jam, TCL Gold Time Enterprise (TCL) yang terletak di pusat beli-belah, Plaza Pelangi dengan harga RM1,100 pada 15 Mac lalu.

Malangnya, tidak lama selepas itu, beliau mendapati jam tangan tersebut adalah produk tiruan manakala sebuah lagi jam tulen, model Tissot PRS200 berharga RM1,400 tidak mempunyai kad jaminan yang sah daripada pembekal.

A'zali yang tidak berpuas hati dengan masalah itu kemudian mengadukan permasalahan itu kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Johor Bahru bagi menuntut wangnya yang berjumlah RM2,500 dikembalikan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment