My Add

Friday 28 September 2012

Kerajaan akan melancarkan RapidKuantan pada 1 Disember

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 28 September, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sistem pengangkutan RapidKuantan akan dilancarkan pada 1 Disember bagi menyediakan perkhidmatan bas berkualiti di Kuantan.

Beliau berkata, langkah itu diambil lanjutan daripada kejayaan pengenalan RapidKL dan RapidPenang. 

"Perkhidmatan pengangkutan awam yang efisien adalah nadi kepada pembangunan sesebuah komuniti. Syarikat Prasarana Negara Berhad juga dalam proses untuk memperluaskan perkhidmatan ini di bandar lain seperti Ipoh, Seremban, Kuching dan Kota Kinabalu," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Menyedari pentingnya pengangkutan bagi orang ramai terutamanya mereka yang tinggal dan bekerja di bandar besar, Najib berkata, kerajaan bersetuju untuk memperluaskan diskaun 50 peratus kadar tambang KTM Komuter kepada semua warganegara Malaysia dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Diskaun itu kini dinikmati oleh golongan kurang upaya (OKU), pesara dan pelajar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment