My Add

Tuesday 18 September 2012

Kereta rasmi Timbalan Menteri dicuri ditemui terbakar

KLANG, SELASA, 18 September, 2012: Kereta Proton Perdana Executive yang digunakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun, ditemui terbakar di Jalan Akob, Bukit Kapar Sabtu lepas.

Kereta rasmi timbalan menteri itu dilapor dicuri pada 2 Jun lepas di Seri Alam, Pasir Gudang, Johor.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata polis dan bomba mendapat maklumat daripada orang awam mengenai sebuah kereta yang terbakar di Jalan Akob pada pukul 7.30 malam.

"Kereta itu hangus. Pemeriksaan nombor chasis dan enjin mendapati ia adalah kenderaan yang digunakan Datuk Joseph," katanya kepada pemberita di sini.

Rangka kereta itu kini berada di Balai Polis Kapar di sini.

Beliau berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu jenayah menggunakan api. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment