My Add

Saturday 15 September 2012

Klinik 1 Malaysia sedia perkhidmatan kesihatan ibu dan anak

KUALA LUMPUR, SABTU, 15 September, 2012: Kementerian Kesihatan akan menambah baik perkhidmatan Klinik 1Malaysia dengan menyediakan kemudahan jagaan kesihatan untuk ibu dan anak bermula tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perluasan perkhidmatan itu adalah untuk memudahkan akses ibu mengandung serta ibu bapa kanak-kanak dalam mendapatkan rawatan jagaan kesihatan terutamanya dalam kalangan mereka yang bekerja.

Jelasnya, skop perkhidmatan yang diberikan sama seperti perkhidmatan di Klinik Kesihatan iaitu pemeriksaan dan jagaan kesihatan ibu mengandung dan post-natal, jagaan kesihatan kanak-kanak termasuk rawatan ringan, penilaian tumbesaran dan perkembangan imunisasi.

“Bagaimanapun, perkhidmatan itu hanya akan disediakan di Klinik 1Malaysia yang ditempatkan dengan pegawai perubatan dan premis yang luas dan sesuai serta strategik berdasarkan keperluan setempat,'' katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment