My Add

Saturday 15 September 2012

AADK akan buka 32 buah lagi CCSC

KUALA LUMPUR, SABTU, 15 September, 2012: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bakal membuka sebanyak 32 buah lagi Pusat Khidmat Pulih dan Prihatin (CCSC) di seluruh negara bermula Januari depan.

Ketua Pengarahnya, Puan Sri Zuraidah Mohamed berkata, permintaan daripada masyarakat terhadap khidmat itu menyebabkan AADK berazam untuk membela nasib golongan gelandangan, penagih dadah dan pekerja seks.

“Ketika ini kami telah mempunyai 39 buah CCSC seluruh negara.

“Setakat 5 September lalu, seramai 17,115 orang penagih dadah telah hadir ke premis CCSC Chow Kit sahaja untuk pemulihan daripada masalah penagihan dadah," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2012 anjuran AADK dan Yayasan Salam di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment