My Add

Wednesday, 5 September 2012

Konsortium Malaysia pemilik sah projek Battersea di London

LONDON, RABU, 05 September, 2012: Konsortium usaha sama, terdiri daripada SP Setia Bhd, Sime Darby Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini pemilik sah kepada projek Battersea Power Station yang berkeluasan 15.8 hektar dengan nilai pembangunan kasar £8 bilion.

Projek pembangunan semula itu, yang menghadap Sungai Thames di London, akan menjadi projek pembangunan hartanah antarabangsa yang utama untuk Sime Darby dan SP Setia. 

Projek itu terdiri daripada 3,400 kediaman baharu, ruang pejabat baharu berkeluasan 160,000 meter persegi, ruang runcit 56,000 meter persegi dan taman dan ruang awam berkeluasan sembilan hektar.

Presiden/ketua pegawai eksekutif SP Setia, Tan Sri Liew Kee Sin berkata yang konsortium itu sudah menjadi pemilik sah pada 4 September (waktu London).

"Kami sudah membayar £400 juta, dengan £300 juta diperoleh daripada CIMB Bank sebagai pinjaman penyambung," kata beliau kepada pemberita Malaysia di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment