My Add

Friday 21 September 2012

Kualiti udara seluruh negara bertambah baik

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 September, 2012:: Status kualiti udara di seluruh negara hari ini secara amnya bertambah baik berbanding semalam setelah beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung dilanda hujan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan berkata, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan pada jam 7 pagi tadi menunjukkan 28 stesen berada pada tahap baik dan baki 24 lagi pada tahap sederhana. 

Bagaimanapun, keadaan kualiti udara masih belum stabil kerana bilangan titik panas di Sumatera semalam masih tinggi iaitu sebanyak 155 dan asap pembakaran itu akan dibawa angin barat daya menghala ke arah Pantai Barat Semenanjung Malaysia, kata kenyataan itu.

Keadaan itu dijangka berterusan hingga Oktober susulan cuaca panas kering sekarang.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta melaporkan kejadian sedemikian kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment