My Add

Sunday 2 September 2012

Langkah ADUN Meluan sudah dijangka

KUCHING, AHAD, 02 September, 2012: Langkah terbaru Parti Pekerja Sarawak (SWP) melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan yang belot, Wong Judat sebagai naib presiden parti itu, dijangka akan memberi laluan kepadanya dipilih sebagai calon SWP untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti, kata Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi.


Beliau berkata BN negeri akan menentang SWP sebagai 1BN jika ia bertanding dengan mana-mana calon BN walaupun Presiden SWP Larry Sng berulang kali menegaskan partinya yang baru ditubuhkkan sentiasa berkawan dengan BN dan komponennya kecuali Parti Rayat Sarawak (PRS).

"Selagi SWP berada di luar BN, mereka adalah pembangkang (walaupun Larry mendakwa mereka mesra BN) dan saya percaya mereka mahu mengelirukan pengundi," katanya kepada Bernama di sini.

"Saya mahu menegaskan di sini tiada parti akan meragui semangat BN, persefahaman dan kejujuran dalam menentang pembangkang dalam pilihan raya akan datang," katanya sebagai mengulas kemasukan Wong ke dalam SWP semasa mesyuarat majlis tertinggi parti itu di sini semalam, yang menimbulkan persoalan sama ada beliau tersenarai dalam senarai calon parti itu.

Wong yang meninggalkan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak sependapat dengan Anggota Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang telah menyatakan hasrat untuk bertanding di Julau sekiranya Salang dicalon semula oleh BN.

Lary juga berkata SWP akan bertanding menentang PRS di semua enam kerusinya dalam pilihan raya parlimen nanti. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment