My Add

Sunday 2 September 2012

'Tukar Jalur Gemilang bukan agenda Pakatan'

 Lim Kit Siang
SHAH ALAM, AHAD, 02 September, 2012: Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menegaskan bahawa langkah atau idea menukar Jalur Gemilang tidak pernah menjadi agenda Pakatan Rakyat (PR) sebagaimana didakwa oleh banyak pihak termasuk pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

Kit Siang yang juga Penasihat DAP berkata, langkah menukar bendera negara ini juga tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat PR, yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 2008.

"Menukar bendera kebangsaan tidak pernah menjadi agenda Pakatan Rakyat dan tidak pernah dibincang atau dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Rakyat.

"Itu sebabnya saya menghantar mesej menerusi Twitter (semalam) sebagai respons kepada dakwaan kononnya PR mahu tukar bendera kebangsaan," kata beliau dalam satu kenyataan dipetik Sinar Harian, hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengetuai tiga menteri kanan Umno untuk menyerang PR kononnya mahu menukar Jalur Gemilang, "ia tidak lebih daripada keadaan terdesak UMNO-BN berkenaan dengan kemungkinan (keputusan) Pilihan Raya Umum ke-13 berbanding menghormati kebenaran."

"Saya tidak dapat percaya dengan kesemua tenaga polis dan risikan bersama mereka, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak dapat sedar bahawa tiada asas sama sekali dalam laporan palsu kononnya Pakatan Rakyat mahu menukar bendera kebangsaan," kata beliau lagi.

No comments:

Post a Comment