My Add

Sunday 16 September 2012

Lebih banyak rumah mampu milik di bandar besar

ALOR SETAR, AHAD, 16 September, 2012: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berharap lebih banyak rumah mampu milik di bawah harga RM300,000 dapat dibina di bandar-bandar besar seluruh negara pada tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, ini kerana tekanan rakyat untuk membeli rumah yang mampu milik lebih tertumpu di kawasan berkenaan seperti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

''Di bandar-bandar yang tidak begitu besar masih banyak lagi rumah berharga tidak melebihi RM300,000. Sebab itu kita akan mencari jalan untuk membantu kerajaan supaya lebih banyak rumah mampu milik dibina di kota-kota besar,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan peserta Program Berbasikal Untuk Kesihatan dan Persekitaran di Kompleks Belia dan Sukan negeri di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment