My Add

Friday 7 September 2012

lesap RM109,570 kerana tamak hadiah RM155,000

MUAR, KHAMIS, 06 September, 2012: Akibat gelap mata kerana mahu mendapatkan hadiah wang tunai RM155,000, seorang pekerja kilang akhirnya kerugian sebanyak RM109,570 selepas diperdaya oleh satu sindiket yang berselindung di sebalik ejen jualan langsung.

Mangsa berusia 58 tahun dari Tanjung Agas di sini, ditipu sejak September tahun lalu hingga awal bulan ini dengan melakukan 13 transaksi pembayaran wang tanpa menyedari diperdaya sindiket itu yang bijak menipu.

Wanita tersebut hanya menyedari ditipu selepas mengadu kepada anak saudaranya, hadiah wang yang dijanjikan selepas membeli mesin penapis air dan mesin terapi kaki dengan harga RM1,500, tidak diperoleh hingga kini.

Mesin tersebut dibeli daripada seorang lelaki dan wanita yang menjalankan perniagaan jualan langsung di rumahnya pada 5 September lalu dengan mangsa diminta membayar wang insurans RM10,000 untuk kedua-dua peralatan tersebut sebelum ditawarkan hadiah wang RM155,000. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment