My Add

Friday 7 September 2012

Dua lagi peragut dibelasah

Oleh IFQDAR A. RAHMAN
JOHOR BAHRU, KHAMIS, 06 September, 2012: Dua peragut dibelasah teruk oleh orang ramai sehingga salah seorang daripadanya terpaksa dikejarkan ke hospital apabila ditangkap ketika cuba meloloskan diri sejurus setelah meragut rantai seorang wanita di jejantas berhampiran Pasar Borong Pandan, di sini Selasa lalu.

Dalam kejadian pukul 4.40 petang itu, mangsa dikatakan telah ditolak oleh salah seorang suspek sebelum rantainya diragut menyebabkan mangsa menjerit meminta pertolongan.

Orang ramai yang mendengar jeritan mangsa segera bertindak menahan kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu lalu membelasah mereka sehingga lembik gara-gara berang dengan perbuatan penjenayah terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Supritendan Abdul Samad Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan suspek diserahkan oleh orang ramai kepada pihak polis bagi membantu siasatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment