My Add

Monday 24 September 2012

Lima lagi NGO kecam Ngeh Koo Ha
*PENDUDUK Kota Damansara bersama Pekida dan Perkis membuat bantahan berhubung penghinaan terhadap Nabi Muhamad SAW dan gesaan supaya Ngeh Koo Ham dikenakan tindakan di tepi Plaza Tol Kota Damansara, semalam.
KUALA LUMPUR, AHAD, 23 September, 2012: Tindakan Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan tindakan umat Islam membantah penyiaran filem menghina Islam, Innocence of Muslims terus dikecam lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, yang menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap pemimpin DAP itu.

Tiga NGO dari Kota Damansara iaitu Persatuan Kebajikan Islam (Perkis), Persatuan Kebajikan Islam Dakwah dan Islamiah (Pekida) dan Badan Amal Nurul Iman (BANI) mengadakan bantahan di Plaza Tol Kota Damansara, di sini pagi ini.

Dua lagi iaitu Pertubuhan Kebangsaan Islam Perdana Melayu Malaysia dan Pertubuhan Martabat Jalinan Melayu Malaysia mengadakan bantahan yang sama berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini petang tadi. - UTUSAM

No comments:

Post a Comment