My Add

Monday 17 September 2012

Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran

BANDAR BAHARU, ISNIN, 17 September, 2012: Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila sebuah rumah lama berusia hampir seabad yang menjadi kediaman mereka hangus dijilat api dalam satu kebakaran di Kampung Paya Semambu, Mukim Relau, dekat sini malam tadi.

Ketika kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Mat Dali Sidek, 70, dan isterinya Yamson Abdullah, 71, berada di tingkat bawah menonton televisyen manakala anak perempuan mereka Norsalina, 45, bersama dua anak perempuannya, Nurul Shafikah Abdul Hamid, 19, dan Norafifah, 15, serta seorang kanak-kanak yang dijaga Norsalina, Mohd. Haziq Mohd. Nazri, 3, pula berada di dapur memasak kuih untuk jualan.

Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Daerah Bandar Baharu, Mohd. Shahril P. Ramli berkata, seramai 10 anggota dengan empat jentera dari Bandar Baharu serta Sungai Bakap selain pasukan bomba sukarela bertungkus-lumus mengawal api daripada merebak selama 90 minit.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment