My Add

Tuesday 18 September 2012

Terima siapa sahaja sebagai calon BN

IPOH, ISNIN, 17 September, 2012: Semua ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) diminta bekerja sebagai satu pasukan dan memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada siapa sahaja yang terpilih sebagai calon parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, siapa sahaja yang menjadi calon BN wajar disokong kerana mereka mewakili parti dan bukannya bertanding atas nama individu.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, pemimpin yang tidak terpilih dan penyokong mereka perlu bersikap 'lapang dada' dan menerima ketentuan tersebut.

"Fokus kita sangat penting. Medan pertempuran ini bukan sesama kita kerana medan pertempuran yang paling besar adalah dengan mereka (pakatan pembangkang)," katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Gopeng di sini hari ini. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment