My Add

Monday 17 September 2012

Maik lantik penyelidik UMK, UiTM kaji kemiskinan di Kelantan

KOTA BAHARU, ISNIN, 17 September, 2012: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) melantik penyelidik dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk membuat kajian mengenai kemiskinan di negeri ini.

Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra bertitah kajian itu bertujuan meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Islam di negeri ini dengan kajian perintis telah dijalankan di Kampung Geting, Pengkalan Kubor pertengahan Ramadan lepas.

Baginda yang juga Yang Dipertua Maik bertitah melalui kajian perintis itu, pihaknya telah mengenal pasti punca kemiskinan setempat dan mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan taraf hidup individu terlibat.

"Jika projek ini berjaya, insyaAllah kami akan seterusnya melaksanakan program yang sama di seluruh daerah di negeri ini," titah baginda pada Majlis Tengku Mahkota Kelantan Bersama Media Cetak dan Elektronik di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment