My Add

Monday 17 September 2012

Pusat khidmat GERAKAN Pulau Tikus dibaling telur, disimbah air kopi

GEORGETOWN, ISNIN, 17 September, 2012: Pintu depan Pusat Khidmat Parti GERAKAN Pulau Tikus di sini dibaling beberapa biji telur dan disimbah air kopi awal pagi tadi.

Pengerusi GERAKAN negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan ketika dihubungi berkata, perbuatan seumpama itu menjadi trend popular kebelakangan ini, sama ada berlaku pada parti komponen Barisan Nasional (BN) atau parti lawan. 

"Jelas sekali ia serangan bermotifkan politik dan kejadian sebegini boleh mewujudkan suasana tidak tenteram dalam kalangan rakyat," katanya.

Difahamkan tiada laporan polis dibuat dan Teng bependapat ia hanya isu kecil dan menggesa pemimpin parti politik berusaha mengawal penyokong mereka daripada bertindak di luar batasan.

"Kita semua harus mengutuk keganasan politik kerana ia tidak langsung mencerminkan budaya Malaysia dan perbuatan seumpama itu harus dihentikan segera," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment