My Add

Saturday 22 September 2012

Malaysia destinasi menguntungkan


*MUHYIDDIN disambut Setiausaha Jawatankuasa CPC dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Guangxi, Guo Shengkun, semalam.

NANING (China), SABTU, 22 September, 2012: Malaysia membuka luas pintunya kepada pelabur China meneroka pelbagai peluang pelaburan dalam sektor ekonomi utama iaitu elektrik dan elektronik, perkhidmatan kewangan, pemborongan dan runcit serta pelancongan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia menjadi salah satu komitmen Kerajaan Malaysia memastikan negara ini kekal sebagai destinasi yang menguntungkan kepada syarikat asing.

Menurutnya, Malaysia menyedari bahawa China berterusan menarik pelaburan langsung asing (FDI) global dan jelas terbukti apabila Beijing muncul sebagai sumber FDI utama sejak kebelakangan ini maka Malaysia mahu memainkan peranan penting dalam agenda transformasi ekonomi.

“China adalah sumber FDI keenam terbesar dunia dengan jumlah AS$68 bilion (RM208 bilion) dan menyaksikan trend ini terus meningkat menerusi perusahaan milik China yang menerajui penggabungan serta pengambilalihan global.

“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) akan menyediakan bantuan dalam pelaksanaan projek bagi pelabur China,” katanya.

Muhyiddin turut menyatakan Malaysia kekal sebagai lokasi kompetitif dari segi kos dan berdaya maju bagi FDI, walaupun cabaran persekitaran luar serta saingan global yang sengit.

Katanya, pelaburan asing yang diluluskan tahun lalu meningkat 36.7 peratus kepada AS$46.9 bilion (RM143 bilion) berbanding AS$34.3 bilion (RM105 bilion) pada 2010.

“Formula pertumbuhan kami adalah berdasarkan usaha sama berkesan dan kukuh antara sektor awam dan swasta, kerajaan memudahkan perniagaan dan memastikan rangka kerja mesra perniagaan,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment