My Add

Thursday 27 September 2012

Malaysia sedia realisasi potensi pertumbuhan dalam bon, sukuk Reminmbi

KUALA LUMPUR, Khamis, 27 september, 2012: Malaysia berada pada kedudukan yang sesuai untuk merealisasi potensi pertumbuhan dalam bon dan sukuk renminbi, berikutan saiz pasaran dan prasarana sokongan negara itu, kata Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

"Malaysia bukan hanya mempunyai pasaran sekuriti hutang terbesar di Asia Tenggara, tetapi juga merupakan pusat antarabangsa utama untuk penerbitan, sukuk. 

"Kedua-dua pasaran sedang membangun sebagai pasaran bon dan sukuk pelbagai mata wang," katanya dalam ucaptama beliau mengenai "Pelunasan dan Pelaburan Dagangan Renminbi di Malaysia dan Prospek Masa Hadapan", di sini hari ini.

Beliau berkata renminbi, selain digunakan sebagai pelunasan dagangan, juga semakin digunakan untuk pelaburan dan pembiayaan.

"Dagangan yang diselesaikan dalam renminbi pada masa ini mewakili hanya lebih satu peratus dagangan dua hala Malaysia dengan China. Oleh itu, terdapat potensi untuk ia meningkat," katanya.

Zeti berkata tambahan lagi, aktiviti pembiayaan dan pelaburan terus asing dalam renminbi juga telah meningkat, dengan kesedaran yang semakin meningkat tentang penggunaan mata wang itu dalam pelunasan dagangan dan urus niaga pelaburan terus, serta sebagai potensi untuk meningkatkan pembiayaan oleh perusahaan.

Beliau berkata sementara dolat akan terus kekal sebagai mata wang yang penting untuk pelunasan perjanjian dagangan, renminbi akan memberikan syarikat mata wang tambahan untuk pelunasan dagangan sedemikian. 

Gabenor bank pusat itu juga berkata manfaat yang akan didapati adalah ketara berikutan asas dagangan yang luas dan meningkat dengan China yang dicatatkan pada RM167 bilion pada 2011. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment