My Add

Thursday 27 September 2012

Anwar cakap tidak serupa bikin

SHAH ALAM, KHAMIS, 27 September, 2012: ExcoPemuda Umno, Lokman Noor Adam berkata, beliau tidak mahu pertikai tindakan Anwar sama ada ditaja, sewa atau beli jet peribadi tersebut, tetapi pokoknya ia bercanggah dengan kenyataan Anwar sebelum ini.

Beliau berkata, perbelanjaan Anwar turut dipersoalkan ketika membeli banglo bernilai RM6 juta di Segambut Dalam dan kereta pertama, MG Rover 3500cc bernilai ratusan ribu ringgit setelah dilepaskan dari penjara.

“Selepas enam tahun dibebaskan dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Anwar hidup dalam kemewahan, walhal tidak bekerja sepanjang tempoh tersebut.

“Saya menyeru agar rakyat membuat pilihan yang tepat dan guna akal memilih pemimpin negara. Jangan ikut hawa nafsu dan emosi,” katanya.

Pada sidang media di Parlimen, Isnin lalu, Anwar menjelaskan, pesawat peribadi itu bukan miliknya, tetapi ditaja oleh seorang kenalan.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, menjelaskan jet itu berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam dengan nombor pendaftaran N990BB. - Sinar Harian -

No comments:

Post a Comment