My Add

Wednesday 26 September 2012

MB pemilik atau penyewa?

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
KUALA LUMPUR, SELASA, 25 September, 2012: Sebuah blog hari ini mempersoalkan mengenai pembelian 50 model lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta oleh Kerajaan Selangor termasuk bas dua tingkat dan trak kontena serbaguna milik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Blog http://sel13.com yang mempertikaikan perkara itu turut mempersoalkan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa bas dua tingkat yang digunakan parti itu sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 adalah disewa dan dibiayai sepenuhnya oleh beliau tanpa menggunakan wang kerajaan negeri.

Menurut blog itu, lori-lori kompaktor berjenama Dong Feng dari China itu dibeli secara pemasangan komponen terurai (CKD) dan dipasang di sebuah kilang di Rawang, Selangor,

''Pada masa sama bas dua tingkat PKR yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada 31 Ogos lalu juga dipasang dan diubahsuai di kilang yang sama dan daripada jenama Dong Feng iaitu pengeluar yang sama dengan lori kompaktor itu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment