My Add

Tuesday 4 September 2012

MB perlu bertanggungjawab

Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
KUALA LUMPUR, ISNIN, 03 September, 2012: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya mengambil tanggungjawab terhadap isu mengetepikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis ulang tahun kemerdekaan baru-baru ini dan bukan terus menuding jari kepada mana-mana pihak.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan Abdul Khalid menuding jari kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri jelas memperlihatkan kedangkalan pemimpin itu yang keliru dengan peranannya sebagai Menteri Besar.

"Peranan beliau menjaga sebuah negeri, bukannya sebuah kampung. Jadi, bagaimana beliau dengan berani mendakwa tidak tahu apa-apa sedangkan sambutan itu di peringkat negeri yang secara terang-terangan membabitkannya sebagai ketua pemerintahan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment