My Add

Friday 7 September 2012

Mekanik didakwa rogol gadis

KOTA BHARU, KHAMIS, 06 September, 2012: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan merogol seorang gadis di sebuah resort di Tok Bali di sini dua bulan lalu.

Muhamad Syazwan Mat Yaakob, 23, dari Kampung Belukar, Panji di sini didakwa merogol mangsa berusia 19 tahun 11 bulan itu kira-kira pukul 5.30 petang, 20 Julai lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Hakim Azman Mustapha membenarkan tertuduh yang diwakili peguam bela, Ahmad Nuri Abd. Rahman, diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 1 November depan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment