My Add

Thursday 6 September 2012

Menipu: Warga Indonesia dipenjara setahun, disebat

IPOH, KHAMIS, 06 September, 2012: Seorang warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara setahun, denda RM5,000 dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menipu sebuah syarikat membabitkan pembelian minyak diesel.

Abdul Muis, 42, yang memakai baju berwarna ungu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Haslinda A. Raof.

Abdul Muis didakwa menipu Syarikat Perwira Jutawan Sdn. Bhd. milik Woo Kok Woon dengan memperdaya mangsa untuk berurusniaga dengan syarikatnya yang tidak wujud iaitu P.T Ocean Centro Energy bagi pembekalan 100,000 tan metrik minyak diesel dengan cara memberikan jaminan bank palsu dari Bank Mandiri Indonesia bernombor 008-A 180743.

Tertuduh mendorong Kok Woon menyerahkan wang tunai RM900,025 (US$300,000) dengan cara mendepositkan wang itu melalui pemindahan telegraf ke dalam akaun Mandiri Bank Indonesia No 126.000.6243/10, milik syarikatnya— BERNAMA

No comments:

Post a Comment