My Add

Thursday 6 September 2012

Polis arah tujuh lagi peserta Janji Demokrasi serah diri

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 September, 2012: Polis memburu tujuh lagi peserta Perhimpunan Janji Demokrasi dan mengarahkan mereka untuk menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung insiden menghina pemimpin dan Jalur Gemilang pada 30 Ogos lalu.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, kesemua individu tersebut sudah dikenal pasti dan jika mereka gagal hadir ke balai polis untuk menyerah diri, mereka akan diburu.

“Setakat malam tadi, empat peserta perhimpunan itu sudah dirakam percakapan dan dibebaskan dengan ikat jamin.

“Ini termasuk seorang wanita berusia 21 tahun yang telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur," katanya ketika menghadiri majlis Jamuan Hari Raya Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Kesemua yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan serta Seksyen 290 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan.

Mereka yang ditahan dan diburu itu berikutan tindakan sekumpulan individu yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta membawa bendera baharu bagi menggantikan Jalur Gemilang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment