My Add

Friday 7 September 2012

Misi OIC berlepas ke Myanmar

*KANAK-KANAK Rohingya beragama Islam bersesak-sesak di sebuah sekolah yang dibina di negeri Rakhine, barat Myanmar. - AGENSI

JEDDAH, KHAMIS, 06 September, 2012: Sebuah misi peninjau dari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berlepas ke Myanmar semalam untuk menyiasat dakwaan keganasan terhadap masyarakat Islam Rohingya di negeri Rakhine.

Misi selama 10 hari itu akan melawat ibu negara Naypyidaw untuk bertemu dengan pegawai-pegawai kerajaan sebelum ke kampung-kampung di Rakhine, lokasi keganasan itu, menurut satu kenyataan OIC di sini.

Misi itu juga bakal menyambut kunjungan Setiausaha Agung OIC Ekmeleddin Ihsanoglu, ke Myanmar yang sebelum ini dijemput untuk ke negara tersebut.

Misi itu akan menyerahkan laporan siasatannya kepada Kumpulan Hubungan OIC mengenai Myanmar yang akan bermesyuarat di New York di luar Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hujung September, kata kenyataan itu.

Keputusan menghantar misi tersebut dan membentuk Kumpulan Hubungan OIC di peringkat menteri dibuat pada mesyuarat luar biasa jawatankuasa eksekutif di ibu pejabat OIC di sini, baru-baru ini.

Keputusan itu kemudian diterima pada Sidang Kemuncak Luar Biasa ke-4 pertubuhan Islam itu di Mekah pada 14 Ogos lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment