My Add

Thursday 20 September 2012

Najib nafi keluar surat sokong Pro-Aspirasi

NURUL AINI MOHAMED ALI DAN NOOR AZURA SAHRIL
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 September, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan beliau ada mengeluarkan surat pelantikan menyokong Prof Madya Mizan Hitam sebagai Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi menjamin kemenangan pihak Pro-Aspirasi dalam Pilihan Raya Kampus 25 September ini.

Menurut Najib, surat palsu itu didakwa ditandatangani di atas nama Presiden Umno ditulis kepada Rektor UIAM, Prof Dr Zaleha Kamaruddin berlandaskan Perlembagaan Umno.

"Perbuatan pihak tertentu jelas menunjukkan yang mereka terdesak untuk menyebarkan fitnah dan tertekan supaya boleh menghasut kerajaan untuk membenci kerajaan.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya, malah tidak pernah mengeluarkan surat atas nama Presiden Umno.

"Perkara ini boleh disahkan dengan pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, hari ini.

Surat tersebut mengaitkan Perdana Menteri meluluskan pelantikan Mizan bagi menggantikan Prof Nik Ahmad Kamal Mahmood sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal UIAM berkuat kuasa serta merta bagi membawa kejayaan dan kegemilangan kepada Pro-Aspirasi.

Ia bertujuan untuk menjayakan projek Ops 2020 bersempena Pilihan Raya Kampus 2012 yang dijadualkan berlangsung pada 25 September ini.

Beberapa universiti mengadakan pilihan raya mulai hari ini. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment