My Add

Thursday 20 September 2012

Obama sambut Suu Kyi di Rumah Putih

WASHINGTON, KHAMIS, 2012 September, 2012: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama bertemu ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi di Pejabat Oval di Rumah Putih hari ini, satu pertemuan bersejarah kedua-dua pemimpin dan negara berkenaan.

Lebih menarik lagi Obama dan Suu Kyi kedua-duanya adalah pemenang Hadiah Nobel. 

Suu Kyi mengenakan baju hitam, berselendang putih dengan skirt hitam putih, duduk bersebelahan dengan Obama dengan kedua-duanya tersenyum riang ketika jurugambar merakam pertemuan mereka di dalam bilik berkenaan.

Pertemuan itu berlangsung selepas Suu Kyi yang bertahun-tahun dikenakan tahanan dalam rumah di Yangon.

Dalam lawatan ke AS, Suu Kyi mengemukakan permohonan agar sekatan yang dikenakan ke atas Myanmar ditarik semula selepas ia dikenakan bagi memberi tekanan terhadap pemerintah junta di negara berkenaan. - AFP

No comments:

Post a Comment