My Add

Thursday 27 September 2012

Pelajar perlu berminda strategis dan telus - Raja Muda

KANGAR, KHAMIS, 27 September, 2012: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yakin para pelajar institusi pengajian tinggi mampu menjadi modal insan terhebat untuk negara jika mereka berminda strategis dan bersifat telus.

Menurut baginda, mereka yang berminda strategis mampu menyusun tindakan dengan bijak dan jika digabungkan pula dengan sifat telus akan menjadikan mereka lebih dihormati.

Merasmikan Festival Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kali ke-7 di sini malam tadi, baginda bertitah negara memerlukan modal insan hebat yang boleh ditingkatkan melalui pelbagai kegiatan positif.

Baginda yang juga Canselor UniMAP bertitah, modal insan terhebat ynag lahir daripada gabungan minda strategis dan sifat telus akan mencetus nilai murni termasuk berdedikasi, berdisiplin, berakhlak mulia, bermoral tinggi, progresif dan patriotik. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment