My Add

Thursday 27 September 2012

Pengundian dua kerusi seri di UM diadakan semula esok

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 27 September, 2012: Universiti Malaya (UM) akan mengadakan semula pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) melibatkan dua kerusi masing-masing Fakulti Pendidikan serta Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat esok.

Pemilihan itu diadakan semula berikutan kedua-dua kerusi berkenaan mencatatkan keputusan seri antara calon-calon Penggerak proaspirasi dan promahasiswa pada pemilihan yang berlangsung dua hari lalu.

UM dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web universiti itu berkata, proses pemilihan akan bermula 8.30 pagi hingga 12.30 petang di fakulti masing-masing.

"Sebarang aktviti kempen adalah dilarang dan pengumuman keputusan akan dilakukan oleh Naib Canselor UM, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon menerusi laman http://prkum.um.edu.my pada jam 5.00 petang hari yang sama," kata kenyataan itu hari ini. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment