My Add

Saturday 15 September 2012

Penganggur tidak serik seks luar tabii dipenjara, sebat

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 14 September, 2012: Bagaikan tidak serik, seorang penganggur yang pernah dihukum penjara dan sebatan oleh mahkamah atas kesalahan meliwat lapan tahun lalu, hari ini sekali lagi dihukum bagi kesalahan melakukan seks oral terhadap seorang pelajar kolej, awal bulan ini.

Hamzani Mohd. Daud, 35, dihukum penjara 12 tahun dan sebatan lima kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid yang menjatuhkan hukuman tersebut memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada hari kejadian.

Hamzani mengaku melakukan seks luar tabii dengan merangsang mangsa dengan melakukan seks oral kepada pelajar lelaki berusia 20 tahun itu di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini antara pukul 1.05 pagi dan 7 pagi, 2 September lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment