My Add

Saturday 15 September 2012

Peniaga disamun sebelum dibunuh

TEMERLOH , JUMAAT,14 September, 2012: Seorang peniaga dibunuh kejam oleh tiga penjenayah yang menyamunnya ketika mangsa dan isterinya dalam perjalanan pulang selepas berniaga di Kampung Baru Simpang Songsang dekat sini awal pagi ini.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani, pasangan suami isteri itu berniaga di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Temerloh, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan kejadian pukul 2.30 pagi itu berlaku hanya kira-kira 200 meter dari rumah mangsa.

Katanya, siasatan mendapati kereta Perodua Kancil yang dipandu mangsa, Abu Talib Yadin, 56, dihalang sebuah kereta berwarna merah sehingga berlaku sedikit perlanggaran.

"Apabila mangsa memberhentikan keretanya, dia diserang oleh tiga lelaki dengan menggunakan senjata tajam," kata Sharifuddin pada sidang akhbar di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment